Isnin, 18 April 2016

BAHASA MELAYU

           ~~~PERSATUAN BAHASA MELAYU~~~

PENJODOH BILANGAN:

Dalam Bahasa Melayu,Penjodoh Bilangan ialah kata yang digunakan bersama-sama dengan kata bilangan untuk membilang kata nama konkrit (bukan abstrak) seperti orang,haiwan,benda,tempat dan sebagainya.

PERIBAHASA:

PERIBAHASA ialah susunan kata pendek dengan makna yang luas,mengandungi kebenaran,sedap didengar,bijak perkataannya dan senang difaham.
Peribahasa tradisi merujuk kepada peribahasa yang digunakan dalam pertuturan sehari-harian atau secara bercetak sebelum tarikh kemerdekaan. Peribahasa moden pula merujuk yang dicipta selepas tarikh tersebut. Peribahasa merupakan sabahagian daripada bahasa kiasan dalam budaya Melayu.

CONTOH PERIBAHASA:

1.Dayung sudah di tangan,perahu sudah di air
Maksud:Segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh

2.Yang lama dikelek,yang baharu didukung
Maksud:Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya 
             hidup yang baharu

3.Seperti lembu dicucuk hidung
Maksud:Orang yang selalu menurut kemahuan orang 

KATA GANTI NAMA DIRI TANYA:

Kata Ganti Nama Diri Tanya ialah perkataan yang merujuk kepada benda atau orang dalam bentuk tanya.

Contoh:

-Apa merujuk kepada benda atau perkara.
-Siapa merujuk kepada orang.
-Mana merujuk kepada benda atau orang.

CONTOH KATA GANTI NAMA DIRI TANYA:


-Apakah nama bangunan tertinggi di dunia? [BETUL]
-Nama bangunan yang tertinggi di dunia apakah? [SALAH]

Kata Ganti Nama Diri Tanya yang digandakan akan bertukar menjadi kata ganti yang tak tentu.

CONTOH KESALAHAN DALAM AYAT:

-Dia tidak membawa apa kelengkapan memasak untuk perkhemahan kerana terlupa.  [SALAH]

-Dia tidak membawa apa-apa kelengkapan memasak untuk perkhemahan kerana terlupa.  [BETUL]

KATA NAMA KHAS HIDUP MANUSIA:

Kata nama ini merujuk kepada nama sesuatu benda yang khusus dan ejaannya berpangkalkan huruf besar.Kata nama khas terbahagi kepada dua kumpulan:-

1)Kata Nama Khas Hidup
2)Kata Nama Khas Tak Hidup

Kata Nama Khas hidup pula boleh dibahagi kepada:-

1)Kata Nama Khas Hidup Manusia
2)Kata Nama Khas Hidup Bukan Manusia

CONTOH-CONTOH:

1)Kata Nama Khas Hidup Manusia:

Man
Tim
Esah
Azizul
Amirul
Arif
Dr.Mahathir

2)Kata Nama Khas Hidup Bukan Manusia:

Sang Bedal
Si Comel
Si Belang
Nyamphaea stellata (teratai)

3)Kata Nama Khas Tak Hidup

Proton Wira
Suluh Budiman
Tatabahasa Dewan
Wisma Persekutuan
Tanjong Malim
Angkasapuri

KATA GANTI NAMA DIRI:

Kata Ganti Nama Diri ialah kata ganti yang digunakan untuk menggantikan kata nama orang.

Kata ganti nama diri terbahagi kepada tiga:

a)Kata Ganti Nama Diri PERTAMA
b)Kata Ganti Nama Diri KEDUA
c)Kata Ganti Nama Diri KETIGA

Ada kata ganti nama diri yang membawa maksud tanggal/satu seperti saya,aku dan awak.Dan kata ganti nama diri bermaksud jamak seperti kami,kita dan mereka.

KATA GANTI NAMA DIRI PERTAMA:

a)tunggal-aku,saya,beta,hamba,patik
b)jamak-kami,kita

KATA GANTI NAMA DIRI KEDUA:


a)tunggal-awak,anda,engkau,kamu
b)jamak-anda,kamu,kalian

KATA GANTI NAMA DIRI KETIGA:

a)tunggal-dia/ia,beliau,baginda
b)jamak-mereka

KATA BANTU ASPEK:

>>>Digunakan untuk menerangkan sesuatu perbuatan dari segi masa.

>>>Contoh:belum,pernah,sudah,telah,sedang,masih,akan.

KATA BANTU RAGAM:

>>>Digunakan untuk menyatakan sesuatu yang dilakukan.
>>>mesti,hendak,harus,boleh,dapat,mampu

KATA NAMA AM TAK HIDUP BUKAN INSTITUSI ABSTAK:

1.Merujuk benda atau perkara yang tidak hidup ,bukan institusi dan abstrak sifatnya.

2.Contoh:senyuman,bayangan,pendapat,angin,kecantikan,
semangat.

AYAT CONTOH KATA NAMA AM TAK HIDUP BUKAN INSTITUSI ABSTRAK:


1.Senyuman kegembiraan terukir setelah beliau diumumkan sebagai pemenang.

2.Datuk Rashid menerima pelbagai pendapat dan pandangan orang ramai.

KATA GANDA SELURUH:

Terbentuk daripada kata yang digandakan seluruhnya.

1 ulasan:

  1. Welcome to JTM Casino - Jackson, MS - JamBase
    JTM 세종특별자치 출장안마 Casino 구리 출장마사지 has 화성 출장마사지 more than 200 electronic games, This is a free slot 남원 출장샵 game which can 천안 출장안마 be played with no downloads,

    BalasPadam